KEMENTERIAN KOMUNIKASI

Tabung Kasih@HAWANA santuni bekas pengarang Melaka Hari Ini

MELAKA – Kementerian Komunikasi meneruskan komitmen menjaga kebajikan pengamal media apabila Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada bekas Ketua Pengarang Melaka Hari Ini, Ishak Mohamed Salleh, 65, di kediamannya di sini hari ini.

Ishak yang pernah menerajui akhbar berkenaan selama 18 tahun hingga 2018 kini berdepan masalah kesihatan termasuk diabetes serta penyakit saraf yang menyebabkan kehilangan deria rasa pada bahagian kanan tubuhnya.

Kementerian Komunikasi berkata, inisiatif Tabung Kasih@HAWANA yang diperkenalkan pada April 2023 itu memberi manfaat kepada 740 pengamal media di seluruh negara sebagai tanda keprihatinan Kerajaan MADANI terhadap kebajikan komuniti media, khususnya mereka yang memerlukan.

“Program berkenaan dilaksanakan oleh Kementerian Komunikasi menerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan dilancarkan bersempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Turut hadir dalam lawatan berkenaan ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi, Datuk Nik Kamaruzaman Nik Husin serta Ketua Pengarang BERNAMA, Arul Rajoo Durar Raj.

Usaha seumpama ini akan diteruskan sebagai sokongan berterusan kepada pengamal media yang pernah banyak menyumbang kepada industri kewartawanan negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button