BERITA SEMASAKEMENTERIAN KOMUNIKASI

Prosiding undang-undang ke atas X diadakan dalam masa terdekat – MCMC

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Kementerian Komunikasi, dalam proses mengambil tindakan undang-undang terhadap X Corp. dan xAI LLC berhubung kegagalan memastikan keselamatan pengguna di Malaysia berkaitan penggunaan Grok.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, MCMC memaklumkan peguam cara telah dilantik dan prosiding undang-undang akan dimulakan dalam masa terdekat.

“MCMC telah mengenal pasti penyalahgunaan Grok untuk menjana dan menyebarkan kandungan berbahaya. Ini termasuk kandungan lucah berunsur seksual secara eksplisit, tidak senonoh, jelik melampau, serta imej manipulasi tanpa persetujuan.

“Kandungan tersebut yang didakwa melibatkan wanita dan kanak-kanak merupakan perkara yang amat membimbangkan kerana perlakuan sedemikian menyalahi undang-undang Malaysia dan menjejaskan komitmen keselamatan yang dinyatakan oleh entiti berkenaan,” menurut MCMC.

Baca juga : MCMC sekat sementara Grok mulai 11 Januari

Dalam pada itu, MCMC berkata, pihaknya telah mengeluarkan notis kepada kepada X Corp. dan xAI LLC pada 3 dan 8 Januari lalu yang mengkehendaki penghapusan kandungan menyalahi undang-undang.

Walau bagaimanapun, katanya, tiada tindakan pemulihan telah diambil setakat ini.

Terdahulu, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil hari ini dilaporkan berkata, MCMC sedang meneliti tindakan perundangan terhadap platform media sosial X.

Beliau berkata, pertimbangan tersebut dibuat susulan penyalahgunaan Grok yang berlaku berulang kali, selain kegagalannya menapis kandungan berbahaya dan melindungi keselamatan semua pengguna, khususnya kanak-kanak.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button