JENAYAH & MAHKAMAH

Ismail Sabri dijangka didakwa di IJN hari ini

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dijangka didakwa di Institut Jantung Negara (IJN) di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Ahli Parlimen Bera itu dijadualkan berdepan pertuduhan yang akan didengar di hadapan Hakim Suzana Hussin di IJN.

Peguam yang mewakili Ismail Sabri, Ragunath Kesavan mengesahkan anak guamnya dimasukkan ke IJN semalam dan pihak pendakwaan akan memohon supaya pengakuannya direkodkan di hospital berkenaan.

“Ya beliau sekarang di IJN. Timbalan Pendakwa Raya akan memohon pengakuan direkodkan di sana,” katanya ketika dihubungi media.

Difahamkan, pertuduhan terhadap Ismail Sabri adalah berkaitan kes perisytiharan harta.

Sebelum ini, beliau telah beberapa kali dipanggil bagi memberi keterangan kepada SPRM berhubung perisytiharan harta yang dikemukakan kepada suruhanjaya itu.

Dalam perkembangan berkaitan, SPRM sebelum ini merampas wang tunai berjumlah RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing serta menyita 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai RM7 juta dalam siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

Rampasan itu dibuat menerusi penggeledahan di beberapa kediaman dan pejabat yang dipercayai dijadikan ‘rumah selamat’, susulan siasatan terhadap empat pegawai kanan Ismail Sabri yang ditahan pada Februari 2025.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button