BERITA SEMASADALAM NEGERI

Malaysia Tribune jalin kerjasama dengan Malaysia Press Institute

CYBERJAYA – Malaysia Tribune terpilih menjadi salah sebuah daripada 12 portal yang akan menjalinkan kerjasama strategik bersama Malaysia Press Institute (MPI).

Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Ainol Amriz Ismail berkata, kerjasama itu antaranya akan menumpukan usaha untuk menjana pendapatan demi kelangsungan industri media dalam talian yang mencabar ketika ini.

Beliau berkata, MPI melihat banyak potensi yang boleh diteroka khususnya dalam peluang yang berkait dengan kepakaran dan kemahiran pengamal media.

“Dengan kemahiran yang dimiliki, banyak kerjasama yang boleh dijalinkan dengan pihak kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan banyak lagi.

“Potensi itu misalnya dalam bentuk perkhidmatan seperti penyediaan kursus dan latihan, advokasi, penulisan dan penghasilan video boleh menjadi sumber pendapatan baharu kepada mereka,” katanya pada sesi pertemuan di Pusat Latihan MPI hari ini.

Hadir sama Presiden MPI, Datuk Yong Soo Heong.

Sementara itu, Pengarang Berita Malaysia Tribune, Abd Halim Hadi menyokong penuh peranan MPI sebagai penghubung antara pengamal media dengan sektor awam dan swasta.

“Kami amat berbesar hati atas keprihatinan MPI untuk mengetengahkan bakat-bakat pengamal media ke ‘lapangan’ baharu yang mampu menjana pendapatan demi kelangsungan industri.

“Kerjasama ini juga bertepatan dengan saranan kerajaan yang selama ini mengiktiraf peranan media sebagai penyampai maklumat yang tepat dan berkesan,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button