BERITA SEMASA

Gagal hadir ke mahkamah, lelaki muat naik kandungan palsu terhadap Majlis Raja-Raja dikenakan waran tangkap

SEPANG – Mahkamah Majistret di sini telah mengeluarkan waran tangkap ke atas seorang seorang individu yang memuat naik kandungan palsu terhadap Majlis Raja-Raja kerana gagal hadir untuk sebutan kes hari ini.

Waran tangkap itu dikeluarkan Majistret Ahmad Fuad Othman setelah membenarkan permohonan yang dikemukakan pegawai pendakwa Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Faten Hadni Kharuddin.

Dalam permohonannya, Faten Hadni memberitahu bahawa kes ditetapkan untuk sebutan pagi ini, namun tertuduh gagal hadir, justeru memohon waran tangkap dikeluarkan terhadapnya.

Mahkamah membenarkan permohonan itu dan memerintahkan waran tangkap keatas tertuduh dijadualkan untuk dikeluarkan pada 26 Februari ini.

Menurut Faten Hadni Kharuddin, orang kena saman (OKS), Johari ismail yang sepatutnya hadir di Mahkamah Sesyen dan Majistret Sepang hari ini, tidak dapat berbuat demikian atas alasan kekangan kewangan dan ketiadaan kenderaan untuk hadir ke perbicaraan.

“Berikutan kegagalan OKS untuk hadir ke mahkamah, pihak pendakwaan memohon supaya waran tangkap dikeluarkan terhadap individu terbabit,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button