BERITA SEMASADALAM NEGERI

Tabung Haji nafi tawar haji percuma melalui mana-mana pihak

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) menafikan sebarang tawaran mengerjakan haji secara percuma sama ada secara langsung atau melalui anak syarikat yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dalam mana-mana platform media sosial.

Menurut kenyataan TH, pihaknya mengesan kewujudan beberapa akaun media sosial yang membuat tawaran sedemikian sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.

Tegasnya, TH tidak pernah menawarkan pakej haji percuma dan sebarang hebahan berkaitan perkara itu adalah palsu serta bertujuan memperdaya masyarakat.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan tidak berkongsi maklumat peribadi atau butiran akaun kepada mana-mana pihak yang meragukan.

Tabung Haji turut menggesa orang ramai agar merujuk saluran komunikasi rasminya bagi mendapatkan pengesahan atau maklumat lanjut berhubung sebarang tawaran berkaitan ibadah haji.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button