Suspek didakwa mabuk, khayal langgar penunggang motosikal didakwa esok
KLANG – Lelaki yang didakwa memandu dalam keadaan mabuk dan khayal akibat pengaruh dadah sehingga mengakibatkan kematian seorang penunggang motosikal di Jalan Raya Barat, di sini akan didakwa di Mahkamah Klang, esok.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey dalam satu kenyataan ringkas malam ini.
BACA JUGA:
Kerajaan cadang pinda undang-undang wajibkan pesalah kemalangan maut bayar ganti rugi
Pemandu mabuk rempuh penunggang motosikal hingga maut direman 4 hari
[VIDEO] Penunggang motosikal maut dilanggar pemandu positif alkohol, dadah
“Pagi esok (suspek) dituduh di mahkamah,” katanya ringkas.
Terdahulu, suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an direman selama empat hari bermula semalam dengan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Laporan media sebelum ini menyebut, seorang penunggang motosikal, Amirul Hafiz Omar, 33, maut dalam keadaan tragis apabila badannya melambung sebelum tercampak atas kenderaan lain selepas dilanggar kereta pada pukul 10.40 pagi.
Siasatan awal mendapati kereta jenis Honda City yang dipandu suspek dipercayai memotong beberapa kenderaan sebelum melanggar motosikal mangsa.
Ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu positif dadah selain memandu di bawah pengaruh alkohol.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








