BERITA SEMASA

Kerajaan cadang pinda undang-undang wajibkan pesalah kemalangan maut bayar ganti rugi

PUTRAJAYA – Kerajaan bercadang untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mewajibkan pesalah kes kemalangan maut membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa selain hukuman penjara.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, langkah sedemikian merupakan antara usaha kerajan bagi memperkukuh undang-undang terhadap pemandu dinbawah pengaruh alkohol dan dadah.

“Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol mahupun dadah, kerana ia jelas membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Laporan media semalam menyebut, seorang penunggang motosikal meninggal dunia dalam keadaan tragis setelah dirempuh kereta dipandu lelaki bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam kejadian di Klang.

Sementara itu, Loke berkata, bawah Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak melebihi 15 tahun serta denda antara RM50,000 hingga RM100,000 jika sabit kesalahan.

Katanya, bagi kesalahan berulang, hukuman lebih berat boleh dikenakan iaitu penjara antara 15 hingga 20 tahun serta denda sehingga RM150,000.

“MOT turut menggesa polis menyegerakan siasatan kes ini secara menyeluruh agar kertas siasatan dapat dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk menjalankan pendakwaan,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button