[VIDEO] Penunggang motosikal maut dilanggar pemandu positif alkohol, dadah
KLANG – Seorang penunggang motosikal maut setelah dilanggar sebuah kereta yang dipandu dari arah bertentangan di Jalan Raya Barat, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, saringan air kencing ke atas pemandu kereta berkenaan mendapatinya positif alkohol dan dadah.
Penunggang mati dirempuh pemandu dipercayai mabuk pic.twitter.com/UE2XnUfGRU
— Malaysia Tribune (@Msia_Tribune) March 29, 2026
“Kemalangan kira-kira pukul 11.40 pagi itu mengakibatkan mangsa lelaki berusia 30-an melambung ke udara sebelum tercampak ke atas kereta lain dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya, hari ini.
Beliau menambah, siasatan awal mendapati kereta Honda City dipandu suspek, seorang lelaki tempatan berusia 20-an menghala ke bandar Klang itu dipandu laju dan berbahaya.
“Setibanya di lokasi, pemandu itu dipercayai memotong beberapa kenderaan sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar motosikal mangsa.
“Pelanggaran itu mengakibatkan mangsa tercampak ke atas sebuah Perodua Myvi sebelum disahkan meninggal dunia dan hasil saringan air kencing mendapati suspek positif alkohol dan dadah,” katanya petang tadi.
Terdahulu, rakaman vido kemalangan tersebut turut menjadi tular di media sosial.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







