Tujuh pemancing termasuk tekong hilang di perairan One Fathom Bank
KLANG – Tujuh pemancing termasuk seorang tekong dilaporkan hilang selepas gagal kembali ke jeti Sementa, Kapar, di sini, daripada aktiviti memancing di perairan One Fathom Bank berhampiran Pulau Ketam, semalam.
Kumpulan berkenaan dilaporkan bertolak dari jeti pada pukul 8.20 pagi dan sepatutnya tiba semula selewat-lewatnya pukul 8.30 malam.
Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kehilangan kumpulan itu menerusi talian MERS 999 pada pukul 3.35 pagi.
Susulan itu, aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) digerakkan pada jam 3.40 pagi sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan pada jam 5 pagi.
āPencarian meliputi kawasan seluas 118.4 batu nautika persegi, manakala pencarian melalui udara meliputi kawasan seluas 509.6 batu nautika persegi di sekitar perairan One Fathom Bank.
āOperasi masih giat dijalankan berikutan ketujuh-tujuh pemancing termasuk tekong masih belum dapat dihubungi,ā katanya dalam kenyataan hari ini.
Operasi SAR turut membabitkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, Pasukan Polis Marin Pelabuhan Klang serta Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang.
Antara aset yang digunakan dalam operasi berkenaan ialah Bot Penggalang 1, pesawat udara CL415MP (Bombardier), aset RH16 Pasukan Polis Marin dan bot aluminium milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Pihak berkuasa masih meneruskan pencarian bagi mengesan ketujuh-tujuh pemancing yang dilaporkan hilang.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








