73 kem ATM bakal terima Internet gentian optik
KUALA LUMPUR – Sebanyak 73 kem Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negara bakal menikmati sambungan Internet gentian optik menerusi projek Fibre To The Home (FTTH) bagi Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT).
Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, projek berkenaan membabitkan kira-kira 59,420 unit RKAT dengan kemudahan Internet yang lebih pantas dan stabil untuk warga ATM serta keluarga mereka.
Menurutnya, pakej internet berkelajuan 100Mbps pada kadar RM49 sebulan turut ditawarkan, termasuk rebat RM10 bagi enam bulan pertama langganan.
āMelalui pakej 100Mbps pada kadar RM49 sebulan, termasuk rebat RM10 bagi enam bulan pertama langganan, kemudahan berkenaan diharap dapat menyediakan akses internet yang lebih baik, pantas dan stabil kepada warga ATM,ā katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian selepas meninjau perkembangan projek FTTH bagi RKAT di Kem Penrissen, Kota Samarahan, Sarawak.
Fahmi berkata, di Sarawak, sembilan kem ATM sudah menerima manfaat projek itu membabitkan keseluruhan 3,600 unit RKAT.
Katanya, dua kem iaitu Kem Sri Aman dan Pangkalan Udara Kuching sudah bersedia untuk beroperasi, manakala kem lain masih dalam proses pelaksanaan.
āSaya turun padang untuk melihat sendiri kemajuan projek dan memastikan apa yang dirancang benar-benar dilaksanakan seperti yang sepatutnya.
āInsha-Allah, apabila siap nanti, manfaatnya dapat dirasai oleh warga ATM dan keluarga mereka,ā katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








