BERITA SEMASA

Sukarelawan IPT bersihkan 500kg sampah di pesisir pantai Kuala Sungai Baru

ALOR GAJAH – Sukarelawan daripada lima Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Negeri Melaka, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan komuniti Kuala Sungai Baru berjaya mengutip sebanyak 500 kilogram (kg) sampah berupa buangan plastik di pesisir pantai Kuala Sungai Baru, hari ini.

Program tersebut yang merupakan siri kedua program Santuni MADANI KPT@KSB adalah salah satu program di bawah inisiatif Santuni MADANI yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi meningkatkan potensi kampung dan keupayaan masyarakat menerusi libat urus berterusan dan pemantauan berkala.

Lima IPT yang terlibat dalam program ini adalah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Islam Melaka (UNIMEL), Politeknik Melaka dan Kolej Komuniti Masjid Tanah.

Selain sukarelawan KPT, gotong-royong tersebut turut dijayakan wakil Persatuan Permuafakatan Penduduk Islam Kuala Sungai Baru; serta Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Kuala Linggi.

Misi diketuai Ketua Setiausaha KPT, Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang bersama 500 sukarelawan tersebut turut diserikan dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Linggi, Rosli Abdullah, dan Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid.

Selain membantu mengindahkan persekitaran serta meningkatkan kesedaran awam tentang pengumpulan dan pengurusan sampah, program ini juga penting untuk kajian dibuat serta langkah menyelesai isu alam sekitar.

UTeM akan menggunakkan maklumat berat sampah pada program ini sebagai kajian berkenaan komposisi sampah yang terkumpul dan akan mengemukakan cadangan penyelesaian bagi mengatasi isu tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button