Sukan Asia: Malaysia bertemu Filipina di separuh akhir takraw regu petang ini
NAGOYA – Regu lelaki negara akan berdepan Filipina pada aksi separuh akhir acara regu lelaki sepak takraw Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, hari ini.
Berdasarkan jadual yang dikeluarkan Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), pertemuan Malaysia menentang Filipina dijadualkan berlangsung pada 2.30 petang waktu Malaysia di Nagoya City Mizuhho Park Gymnasium.
Aksi berkenaan menjadi penentu buat kedua-dua pasukan untuk mara ke perlawanan akhir dan memburu peluang meraih pingat emas.

Malaysia sebelum ini mudah menjinakkan Myanmar dengan keputusan 15-5, 15-4 manakala Filipina menewaskan Jepun dengan keputusan 15-10,15-4.
Skuad negara membawa harapan besar dalam acara sepak takraw pada temasya kali ini, dengan skuad negara menyasarkan emas kedua dalam acara sepak takraw.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








