BERITA SEMASA

Tun Dr Hasmah Mohd Ali meninggal dunia di IJN

KUALA LUMPUR – Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Hasmah Mohd Ali meninggal dunia hari ini di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini.

Perkara itu disahkan anaknya Tan Sri Mokhzani Mahathir kepada Bernama hari ini.

Dr. Hasmah, 100, dilahirkan pada 12 Julai 1926 di Kampung Jawa, Klang, Selangor dan merupakan antara wanita Melayu terawal yang menceburi bidang perubatan.

Allahyarhamah berkahwin dengan Tun Dr. Mahathir pada 4 Ogos 1956 dan mempunyai tujuh orang anak, iaitu tiga perempuan dan empat lelaki.

Allahyarhamah dikenali atas usaha menangani penyalahgunaan dadah, meningkatkan literasi dan memperkasakan wanita, termasuk di peringkat antarabangsa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button