BERITA SEMASA

SST kekal, lebih mudah difahami – Kementerian Kewangan

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengekalkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) kerana ia lebih mudah difahami dan dilaksanakan oleh industri, peniaga serta rakyat.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat berkata, sistem percukaian itu telah digunakan lebih 40 tahun dan masih relevan untuk diperkasa bagi menjana hasil negara.

Menurut kementerian, SST mampu memberikan kesan fiskal yang lebih pantas berbanding pelaksanaan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang memerlukan tempoh persediaan sehingga dua tahun.

“Kerajaan memilih untuk memperkukuh pelaksanaan SST kerana ia telah lama difahami semua pihak dan pelaksanaannya lebih cepat tanpa melibatkan kos penyesuaian yang tinggi,” katanya lagi.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Jawapan itu diberikan bagi menjawab soalan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) yang meminta penjelasan berhubung kelebihan SST berbanding GST.

MOF menjelaskan, peluasan skop SST dijangka menambah hasil negara sehingga RM10 bilion setahun bermula 2026.

Katanya, walaupun kedua-dua sistem mempunyai kelebihan dan kekurangan, SST dikenakan pada satu peringkat sahaja dan memberi ruang pengecualian bersasar kepada industri tertentu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button