BERITA SEMASA

Pesawat TUDM bawa pulang 40 rakyat Palestin cedera tiba di Subang

KUALA LUMPUR – Dua pesawat Airbus A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa 40 rakyat Palestin yang cedera tiba di Pangkalan Udara Subang kira-kira pukul 2 petang tadi.

Pesawat pertama mendarat pada pukul 2 petang manakala pesawat kedua tidak lama selepas itu.
Kedua-dua pesawat itu berlepas dari Pangkalan Udara Al Maza, Kaherah, Mesir pada malam sebelumnya.

Menurut laporan Sinar Harian, sebaik tiba di Pangkalan Udara Subang, semua pesakit terus dibawa ke hospital medan yang didirikan di hangar pangkalan tersebut untuk menjalani saringan kesihatan sebelum menerima rawatan lanjut.

Duta Mesir ke Malaysia, Ragai Nasr berkata, selain 40 warga Palestin yang cedera, seramai 80 saudara mereka turut serta dalam penerbangan dari Kaherah ke Kuala Lumpur pada malam semalam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button