BERITA SEMASADALAM NEGERI

Pendaratan cemas MH720 berpunca isyarat kebakaran

KUALA LUMPUR – Pendaratan cemas pesawat MH720 dari Jakarta ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam berpunca dari isyarat kebakaran ketika penerbangan.

Malaysia Airlines Berhad memaklumkan, bertindak atas isyarat tersebut, semua prosedur keselamatan telah dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard oleh anak kapal dan persediaan di ruang kargo.

“Anak kapal bertindak pantas mengikut prosedur operasi standard, termasuk mengaktifkan ejen pemadam api di ruang kargo sebagai langkah berjaga-jaga.

“Sejurus mendarat, pesawat dibawa ke kawasan berasingan sebelum semua penumpang dan anak kapal turun dengan selamat,” menurut kenyataan Malaysia Airlines Berhad.

Tambahnya, pasukan bomba serta teknikal segera dikerahkan untuk menilai situasi sebelum pintu kargo dibuka.

“Keselamatan dan kesejahteraan penumpang serta anak kapal kekal menjadi keutamaan syarikat dalam memastikan pematuhan kepada standard keselamatan tertinggi,” katanya.

Dalam kejadian semalam, pesawat Boeing 737-800 yang membawa 115 penumpang dan tujuh anak kapal selamat mendarat pada pukul 6.18 petang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button