
Pesawat Singapore Airlines buat pendaratan cemas
BANGKOK – Sebuah pesawat Boeing 777-300ER Singapore Airlines terpaksa membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, di sini selepas dipercayai terlanggar poket udara (airpocket) ketika dalam penerbangan.
Dalam kejadian itu, difahamkan seorang penumpang terbunuh manakala sekurang-kurangnya 30 lagi cedera.
Ketika kejadian, pesawat yang sedang membawa 211 penumpang dan 18 anak kapal itu sedang dalam penerbangan dari London ke Singapura.
Laporan Reuters yang memetik jurucakap lapangan terbang berkata, kumpulan perubatan sudah bersedia untuk membant.
“Keutamaan kami kini adalah untuk memberikan bantuan perubatan kepada semua penumpang dan anak kapal pesawat terbabit.
“Usaha ini dikoordinasi bersama dengan pihak berkuasa,” kata jurucakap yang enggan dikenali tersebut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





