SUKAN

Empat bintang kebangsaan dikaitkan sertai KL City FC, Giancarlo mungkin kekal KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur City FC (KL City) berkemungkinan besar bakal memperkuatkan pasukan untuk musim Liga Malaysia 2025/2026 dengan kehadiran beberapa nama besar termasuk pemain kebangsaan, menurut sumber dalaman kelab itu.

Antara pemain yang dikaitkan dengan perpindahan ke skuad Warga Kota ialah Safawi Rasid, Syamer Kutty Abba, Syazwan Andik dan Adam Nor Azlin – empat tonggak yang mempunyai pengalaman luas di peringkat liga dan antarabangsa.

Sumber dalaman KL City yang dihubungi memaklumkan bahawa khabar angin ini mempunyai ketepatan hampir 90 peratus, sekali gus mencetuskan spekulasi hangat dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan.

“Memang ada perbincangan dengan nama-nama besar itu. Kita sedang menunggu perkembangan lanjut. Kemungkinan besar mereka akan sertai KL City,” kata sumber tersebut yang enggan dinamakan.

Sementara itu, pertahanan import, Giancarlo Gallifuoco dikatakan mungkin kekal bersama pasukan untuk musim baharu, walaupun terdapat desas-desus sebelum ini bahawa beliau bakal meninggalkan kelab.

Jika kesemua nama disebut menyertai KL City secara rasmi, ia bakal menjadi satu lonjakan besar buat skuad 2025/2026 yang kini dalam proses memperkukuhkan pasukan selepas musim 2024 yang penuh cabaran.

Pihak pengurusan KL City setakat ini belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung spekulasi tersebut. Namun, jendela perpindahan yang semakin hampir dijangka akan mendedahkan hala tuju sebenar pasukan bagi musim akan datang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button