BERITA SEMASA

SPRM buka cawangan di Cameron Highlands

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka cawangan baharu di Cameron Highlands dalam usaha memperluas perkhidmatan dan memudahkan urusan masyarakat setempat.

Perasmian pejabat cawangan baharu yang mula beroperasi 1 Julai lalu itu disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya.

SPRM memaklumkan, pejabat SPRM yang terletak di lot C-1-29, Cameron Fair Jalan Persiaran Camelia, Tanah Rata.

Pejabat berkeluasan 57.8 meter persegi itu dilengkapi dengan bilik ketua cawangan dan bilik merakam kenyataan selain ruang kerja bagi menempatkan seramai empat warga SPRM.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menyalurkan sebarang maklumat berkaitan rasuah atau salah guna kuasa boleh hadir ke pejabat berkenaan atau menghubungi talian 05-485 0007.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button