BERITA SEMASA

Sindiket seludup diesel tumpas, lima warga asing antara enam individu ditahan

KUALA LUMPUR – Enam individu termasuk lima warga Thailand ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan diesel dalam satu serbuan di sebuah premis di Kubang Pasu, Kedah, semalam.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, serbuan dijalankan pada pukul 7.30 pagi oleh sepasukan tujuh pegawai dan anggota Unit Risikan Marin dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kedah menerusi Op Intra hasil risikan dan maklumat yang diterima.

“Seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun yang mengaku sebagai penjaga premis bersama lima lelaki warga Thailand ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan tujuh tangki berisi 107,000 liter diesel bernilai RM210,000 selain tambahan 122,500 liter diesel bernilai RM389,550.

Turut dirampas ialah tiga unit mesin pam minyak serta lima lori treler bernombor pendaftaran Thailand. Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan mencecah RM1.42 juta.

Menurut Rusley, kes disiasat mengikut Seksyen 22 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan kesemua barangan serta tangkapan telah diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah untuk tindakan lanjut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button