Bekalan RON95, diesel Caltex terganggu di lima negeri akibat kelewatan pelabuhan
KUALA LUMPUR – Caltex Malaysia memaklumkan beberapa stesen minyaknya di lima negeri dijangka mengalami gangguan sementara bekalan petrol RON95 dan diesel susulan kelewatan di pelabuhan.
Caltex berkata, gangguan itu melibatkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan dan dijangka berlaku dalam tempoh beberapa hari bermula semalam.
Syarikat itu menjelaskan, kelewatan tidak dijangka di pelabuhan telah menjejaskan jadual penghantaran bahan api ke stesen-stesen terlibat.
“Usaha sedang giat dijalankan bagi mengutamakan pengedaran dan meminimumkan tempoh gangguan,” katanya dalam satu kenyataan di laman Instagram hari ini.
Caltex turut memohon maaf atas kesulitan yang timbul serta menghargai kesabaran pelanggan sepanjang tempoh gangguan bekalan itu.
Situasi berkenaan dijangka memberi kesan kepada pengguna di negeri terlibat, khususnya yang bergantung kepada stesen minyak Caltex bagi keperluan harian.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















