LUAR NEGARA

Harga minyak dunia melonjak, AS ketatkan syarat rundingan dengan Iran

TOKYO – Harga minyak dunia melonjak sebaik pasaran dibuka semula pada Isnin, didorong oleh laporan hujung minggu mengenai tindakan Amerika Syarikat (AS) mengetatkan syarat rundingan dengan Iran bagi menyelesaikan konflik di Asia Barat.

West Texas Intermediate (WTI) yang menjadi penanda aras minyak AS, mencatatkan peningkatan sebanyak 2.5 peratus untuk didagangkan pada harga AS$89.60 setong, lapor AFP.

Pada masa sama, minyak mentah Brent Laut Utara bagi penghantaran Ogos meningkat kira-kira 2.2 peratus kepada AS$93.16 setong berbanding harga penutup pada Jumaat lalu.

Kenaikan itu menyusuli kejatuhan lebih 11 peratus harga minyak mentah sepanjang minggu lalu berikutan harapan bahawa perjanjian damai yang dijangka dicapai dalam masa terdekat akan membolehkan Selat Hormuz dibuka semula.

Selat Hormuz ialah laluan strategik yang menjadi transit kepada sebahagian besar bekalan minyak global.

Bagaimanapun, hujung minggu lalu, The New York Times dan beberapa media AS melaporkan Presiden AS, Donald Trump, mengemukakan semula versi baharu memorandum persefahaman kepada Tehran dengan beberapa syarat rundingan yang lebih ketat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button