LUAR NEGARA

Trump umum kenakan tarif 10 peratus ke atas negara anggota BRICS

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan semalam 11 negara anggota BRICS akan dikenakan tarif sebanyak 10 peratus.

Trump, yang semakin lantang sejak kembali menjadi Presiden turut menuduh BRICS ditubuhkan untuk melemahkan kedudukan dolar AS sebagai mata wang rizab dunia.

“BRICS diwujudkan untuk jatuhkan dolar AS dan menyingkirkannya daripada peranan standard dunia.

“Kalau itu permainan mereka, saya juga boleh main permainan itu,”Ā  katanya.

Kenyataan itu mencetuskan reaksi segera daripada Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva, yang menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak BRICS di Rio de Janeiro.

“Kami tidak terima sebarang aduan atau tekanan berhubung sidang BRICS.

“Kami tidak bersetuju dengan Presiden AS (Trump) yang mengisyaratkan akan mengenakan tarif ke atas negara-negara BRICS,” tegas Lula dalam satu sidang akhbar di Brasilia, semalam.

Dalam sidang kemuncak tersebut, pemimpin BRICS menyuarakan kritikan tidak langsung terhadap dasar ketenteraan dan perdagangan Amerika Syarikat.

Gabungan BRICS yang pada asalnya dianggotai Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan, kini turut disertai negara baharu seperti Iran dan Indonesia selepas diperluas pada tahun lalu.

Walaupun belum menetapkan tarikh pelaksanaan tarif tersebut, sumber rapat dengan pentadbiran Trump memaklumkan, tindakan itu hanya akan diambil sekiranya negara-negara BRICS mengamalkan dasar yang dianggap “anti-Amerika”.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button