BERITA SEMASA

Serian, Kapit catat IPU paling tidak sihat

KUALA LUMPUR – Serian dan Kapit di Sarawak mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tertinggi bersama 15 lagi kawasan dengan IPU tidak sihat setakat 9 pagi ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) berkata, kedua-dua kawasan itu mencatat bacaan 167 diikuti dengan Sri Aman (161) dan Bintulu (159)

Kawasan lain di Sarawak yang turut merekodkan bacaan tidak sihat ialah Miri dan Samarahan dengan bacaan 157, Sibu (156), ILP Miri (139) serta Limbang (102).

Selain itu, Putrajaya dan Nilai, Negeri Sembilan masing-masing mencatatkan bacaan 157 diikuti Seremban (154), Politeknik Kota Kinabalu, Sabah (153), Bukit Rambai, Melaka (151) dan Shah Alam, Selangor (149).

IPU tidak sihat turut direkodkan di Tangkak, Johor pada bacaan 107 manakala Kota Kinabalu, Sabah merekodkan bacaan 104.

Sementara itu, sebanyak 41 kawasan mencatatkan bacaan pada tahap sederhana manakala enam kawasan merekodkan bacaan baik.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button