Seorang lagi peserta Himpunan RXZ Members 7.0 maut kemalangan
DUNGUN – Seorang pemuda maut selepas motosikal ditungganginya terbabit kemalangan di Kilometer 342.9 Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2) berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Paka, tengah hari tadi.
Dalam kejadian pukul 1.22 tengah hari itu, mangsa, Muhammad Irfan Izzuddin Md Azhli, 20, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala, memetik laporan Harian Metro.
Difahamkan, mangsa berkonvoi bersama 10 rakan dalam perjalanan pulang ke Segamat, Johor selepas menyertai Himpunan RXZ Members 7.0 di Litar Permotoran Gong Badak, Kuala Terengganu.
Ketika tiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditungganginya dipercayai hilang kawalan sebelum terbalik dan terseret di laluan kanan lebuh raya.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir mengesahkan kejadian itu dan berkata mayat mangsa dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








