BERITA SEMASA

Semua surau, masjid WP adakan solat hajat esok

Doakan keselamatan misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza

PUTRAJAYA – Semua masjid utama dan surau di Wilayah Persekutuan akan mengadakan solat hajat esok bagi mendoakan keselamatan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar, solat hajat berkenaan akan dilaksanakan selepas solat Jumaat di masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan.

“Saya mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menyelaras pelaksanaan solat hajat selepas solat Jumaat.

“Ini adalah bagi menyatakan solidariti serta memohon pertolongan daripada Allah S.W.T supaya keselamatan para sukarelawan dan kelancaran misi ini sentiasa dipelihara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd. Na’im berkata, perkembangan berhubung misi kemanusiaan tersebut menghadapi pelbagai gangguan dan ancaman ketika semakin hampir dengan zon kritikal amat membimbangkan.

Sehubungan itu, rakyat Malaysia diseru mendoakan supaya misi kemanusiaan itu dipermudahkan, para sukarelawan diberikan perlindungan dan kekuatan serta menjadi sumber kekuatan kepada rakyat Palestin yang terus berjuang mempertahankan tanah air mereka.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button