BERITA SEMASADALAM NEGERI

DBKL juara perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1447H Peringkat Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sekali lagi mencuri tumpuan apabila muncul juara perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1447H Peringkat Wilayah Persekutuan yang berlangsung di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan, semalam.

Memakai persalinan berona merah putih, kontinjen DBKL tampil menarik dengan semangat perarakan yang jitu.

DBKL Maulidur Rasul
Barisan kontinjen perakaran DBKL yang sentiasa bersemangat.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Turut hadir, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif yang mewakili DBKL dalam acara penuh berprestij ini.

“Kemenangan tersebut mencerminkan kesungguhan warga DBKL dalam menjayakan acara bersempena kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

DBKL Maulidur Rasul
Kontinjen DBKL ceria dengan pakaian berona merah, krim dan putih.

“Di samping itu, ia juga menzahirkan semangat perpaduan dan kesepakatan warga kota dalam menghayati nilai Islam yang menyeluruh,” kata DBKL menerusi hantaran di Facebook.

Menurut kenyataan itu lagi, selaras dengan hasrat membentuk Kuala Lumpur sebagai bandar raya inklusif, sejahtera dan berdaya huni, DBKL terus komited melaksanakan pelbagai program keagamaan, sosial dan kemasyarakatan yang menyemai keharmonian serta kesejahteraan bersama.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button