LUAR NEGARA

Sembilan pendatang terbunuh serangan terbaharu Iran ke atas Tel Aviv

TEL AVIV – Sekurang-kurangnya sembilan pendatang terbunuh dalam serangan peluru berpandu Iran ke atas Tel Aviv, pagi tadi.

Laporan Haaretz yang memetik kenyataan perkhidmatan kecemasan Israel berkata, antara yang terkorban adalah dua wanita masing-masing berusia 69 dan 80 tahun; dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun.

Sementara itu, polis Israel dalam hantaran di di media sosial berkata, terdapat “beberapa kematian yang disahkan” dalam kalangan “puluhan mangsa awam yang dilaporkan”, namun tidak memberikan butiran lanjut.

Jurucakap perkhidmatan ambulans, Magen David Adom pula berkata, 100 orang lagi cedera dalam serangan roket di “rantau tengah”, manakala 37 orang cedera di rantau Shfela.

Serangan terbaharu Iran pagi tadi turut menyasarkan Institut Sains Weizmann di sini, lapor The Guardian.

Untuk rekod, institut itu merupakan pusat kajian terulung rejim zionis.

Dalam satu hantaran media sosial, media rasmi Iran mencadangkan bahawa serangan itu disasarkan sebagai tindak balas terhadap pembunuhan saintis nuklear Iran oleh Israel, namun perkara ini masih belum dapat disahkan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button