BERITA SEMASASUKAN

Selangor FC mohon penjelasan FAM isu dua gol dibatalkan

SHAH ALAM – Selangor FC mengemukakan permohonan rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi mendapatkan penjelasan berhubung beberapa keputusan pengadil dalam perlawanan suku akhir Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan FC pada 14 Februari lalu.

Menurut kenyataan kelab itu, langkah itu dibuat susulan penularan gambar-gambar perlawanan berkenaan di media sosial serta desakan pemegang taruh bola sepak Selangor yang mahukan maklum balas rasmi daripada pihak FAM.

“Selangor FC sentiasa menggunakan saluran rasmi yang diperuntukkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi memohon penjelasan berhubung keputusan pengadil dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini.

“Setelah menjalankan penilaian penuh secara dalaman, pihak kelab telah memohon penjelasan daripada FAM mengenai beberapa keputusan pengadil dalam perlawanan tersebut, khususnya jaringan dua gol yang telah dibatalkan,” menurut kenyataan itu.

Kelab berkenaan turut percaya FAM memandang serius perkara tersebut dan akan meneliti semula keputusan yang telah dibuat oleh pengadil serta mengambil tindakan bersesuaian sekiranya didapati terdapat sebarang kesilapan dalam pengadilan perlawanan berkenaan.

Sehubungan itu, Selangor FC berharap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi dan terus menghormati proses yang disediakan oleh FAM berhubung perkara tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button