BERITA SEMASASUKAN

Gueye tampar Keane, Everton malukan Man United

MANCHESTER – Meskipun Everton beraksi pincang sejak awal permainan selepas Idrissa Gueye dibuang padang kerana menampar rakan sepasukan sendiri, Michael Keane, skuad The Toffees tetap bangkit menundukkan Manchester United 1-0 di Old Trafford awal pagi tadi.

Gueye dilayangkan kad merah oleh pengadil, Tony Harrington pada minit ke-13 susulan insiden menampar muka Keane yang tercetus daripada pertengkaran panas antara mereka.

Penyokong tuan rumah menjangka United bakal menguasai perlawanan sepenuhnya, namun pasukan kendalian Erik ten Hag gagal memanfaatkan kelebihan satu pemain, sekali gus tumpul dalam setiap percubaan ke arah gawang lawan.

Sebaliknya, skuad bimbingan David Moyes yang tinggal 10 pemain terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-29 menerusi penyudah menarik Kiernan Dewsbury-Hall.

Dewsbury-Hall memecut selepas menerima bola, melepasi kawalan Bruno Fernandes dan Leny Yoro sebelum melencongkan rembatan ke penjuru atas gol untuk memastikan tiga mata mutlak menjadi milik Everton.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button