AFC denda FAM, JDT, Selangor FC
KUALA LUMPUR – Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengenakan hukuman denda terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta dua kelab gergasi Liga Malaysia (Liga M), Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor susulan beberapa pelanggaran peraturan membabitkan perlawanan di peringkat benua.
Menurut jawatankuasa tatatertib dan etika AFC, denda itu melibatkan aksi kelayakan Piala Asia 2027, Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) dan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2).
FAM dikenakan denda AS$1,875 (RM7,788) selepas melanggar Artikel 2.2 dalam Manual Operasi Pertandingan AFC ketika aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Laos di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 14 Oktober lalu.
“Wakil responden menyebabkan permulaan babak kedua tertangguh selama dua minit 30 saat.
“Denda berkenaan perlu dijelaskan dalam tempoh 30 hari dari tarikh pemakluman keputusan ini selaras Artikel 11.3 Kod Tatatertib dan Etika AFC,” menurut kenyataan jawatankuasa itu.
Sementara itu, juara Liga Super 11 musim berturut-turut, JDT dikenakan denda AS$5,000 (RM20,783) selepas gagal menyediakan ‘Stadium Bersih’ di venue latihan rasmi menjelang perlawanan ACLE menentang kelab Jepun, Machida Zelvia pada 30 September.
Selangor pula didenda AS$1,250 (RM5,195) selepas wakil pasukan menyebabkan permulaan separuh masa kedua lewat satu minit 20 saat ketika aksi ACL2 menentang Persib Bandung pada 23 Oktober.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








