Russia kuatkuasa kewajipan pemasangan RuStore pada peranti Apple
MOSCOW – Russia mewajibkan pemasangan gedung aplikasi tempatan RuStore, pada semua peranti keluaran Apple di negara itu bermula 1 September ini.
Perkara itu dikuatkuasakan melalui undang-undang baharu yang ditandatangani Presiden Russia, Vladimir Putin dan diterbitkan dalam pangkalan data perundangan rasmi negara itu.
“Antara syarat utama, Apple perlu memastikan pengguna boleh memuat turun, mengemas kini dan membuat bayaran bagi aplikasi tempatan tanpa halangan.
“Syarikat itu juga dilarang menyekat pemasangan aplikasi pihak ketiga, mengehadkan fungsi peranti atau mengawal kaedah pembayaran dalam aplikasi,” katanya dalam satu kenyataan.
Jawatankuasa Parlimen bagi Industri dan Perdagangan menyifatkan langkah itu sebagai tindak balas terhadap amalan antipersaingan syarikat asing.
“Beberapa syarikat luar telah menyekat akses ke aplikasi penting termasuk perkhidmatan perbankan,” jelasnya.
Sebelum ini, RuStore hanya beroperasi lancar di Android, manakala pemasangan pada peranti Apple dihadkan atas faktor dasar pelesenan.
Ahli Jawatankuasa Perusahaan Kecil dan Sederhana, Alexei Govyrin berkata, sebarang gangguan terhadap operasi RuStore boleh diklasifikasikan sebagai kecacatan produk.
“Dalam kes begitu, pengguna berhak menuntut gantian, pembaikan atau bayaran balik,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








