
Peluru berpandu Rusia punca nahas Azerbaijan Airlines
BAKU – Sumber kerajaan Azerbaijan telah mengesahkan bahawa penerbangan 8432 milik Azerbaijan Airlines yang terhempas di Aktau, Kazakhstan kelmarin telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu Rusia, lapor Euronews.
Menurut sumber tersebut, peluru berpandu itu ditembak ke arah pesawat malang itu bagi menangkis aktiviti drone di ruang udara Grozny menyebabkan serpihan peluru berpandu itu mengenai pesawat.
Sumber kerajaan memberitahu Euronews bahawa pesawat yang rosak itu tidak dibenarkan mendarat di mana-mana lapangan terbang Rusia walaupun juruterbang telah meminta pendaratan kecemasan.
Sebaliknya, mereka diarahkan untuk terbang merentasi Laut Kaspia menuju ke Aktau, Kazakhstan.
Berdasarkan data, sistem navigasi GPS pesawat itu juga telah diganggu sepanjang laluan penerbangannya di atas laut.

Peluru berpandu itu dilaporkan ditembak menggunakan sistem pertahanan udara Pantsir-S, menurut AnewZ, sebuah portal antarabangsa berpusat di ibu negara ini.
Menurut sumber Rusia, ketika penerbangan Azerbaijan Airlines melintasi wilayah Chechnya, pasukan pertahanan udara Rusia sedang giat cuba menembak jatuh dron-dron UAV milik Ukraine.
Ketua Majlis Keselamatan Republik Chechen, Khamzat Kadyrov, mengesahkan bahawa serangan dron ke atas Grozny berlaku pada pagi Rabu, sambil menyatakan tiada kematian atau kerosakan dilaporkan.
Insiden peluru berpandu pertahanan udara Rusia muncul sebagai punca nahas pesawat Azerbaijan Airlines.
Presiden Azerbaijan, Ilham Heydar Oghlu Aliyev telah melancarkan siasatan jenayah berhubung nahas pesawat Azerbaijan Airlines ini.
Sekiranya data awal ini disahkan, ini akan menjadi kali kedua dalam satu dekad pasukan Rusia memusnahkan pesawat komersial, selepas insiden nahas MH17 di Ukraine.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








