Ribut Tropika Senyar: Lapan pekerja terkandas akibat runtuhan jeti
PORT DICKSON – Seramai lapan pekerja terkandas akibat runtuhan di Jeti Platform Petron selepas dibadai Ribut Tropika Senyar, awal pagi tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan kira-kira pukul 1.05 pagi mengenai kejadian di jeti berkenaan, membabitkan lapan mangsa warganegara tempatan berusia lingkungan 20an hingga 50an, lapor Kosmo.
“Komander Operasi Bomba melaporkan terdapat lapan orang mangsa terkandas di kawasan platform akibat runtuhan di platform jeti tersebut. Lima orang daripada mangsa telah berjaya menyelamatkan diri di dalam bot tunda milik Petron.
“Manakala dua orang mangsa berada di Rescue Boat pasukan Emergency Respond Petron dan seorang mangsa terkandas di atas jeti. Kesemua mangsa tidak dapat balik ke darat disebabkan keadaan laut yang bergelora dan angin kuat,” katanya, hari ini.
PGO memaklumkan, susulan kejadian itu, pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah bertindak ke lokasi insiden untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) dan kira-kira pukul 2.15 pagi, Ketua Zon 2 Negeri Sembilan, PgKB II Muhammad Khairul Nizam Mardi telah membuat penilaian operasi bersama pihak pengurusan Petron untuk melaksanakan operasi menyelamat.
“Pada pukul 3.55 pagi, Komander Operasi melapor mangsa yang terkandas di jeti telah berjaya diselamatkan oleh Rescue Boat Pasukan Emergency Respond Petron,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








