BERITA SEMASA

Kereta tenggelam dalam banjir, wanita berjaya diselamatkan

CYBERJAYA – Seorang wanita berjaya diselamatkan selepas terperangkap selama kira-kira lima minit dalam keretanya yang ditenggelami banjir kilat hingga paras bumbung, dalam kejadian di Taman Perindustrian Meru, Klang pagi tadi.

Kejadian itu disedari orang awam sebelum mereka membantunya keluar dari kenderaan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada pukul 5.44 pagi.

“Sepasukan anggota bomba dan penyelamat diketuai Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Rafizi Taib bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang bergegas ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, dilaporkan berlaku limpahan air di lokasi tersebut pada kedalaman kira-kira 1.3 meter.

“Seorang wanita berusia 57 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Aruz telah tersekat di dalam limpahan air tersebut.

“Bagaimanapun, pemandu wanita tersebut berjaya keluar dari kenderaan dengan bantuan orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi.

“Mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan manakala limpahan air di kawasan tersebut telah surut,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button