BERITA SEMASA

Bomba selamatkan 7 terperangkap insiden kepala air

GOMBAK – Pihak bomba berjaya menyelamatkan tujuh individu yang terperangkap akibat kejadian kepala air di di Jalan Gombak Lama, Batu 12, di sini petang semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, kesemua mangsa terdiri empat lelaki dan tiga perempuan berusia 15 hingga 31 tahun itu sedang beriadah di kawasan berkenaan apabila berlaku kepala air yang menyebabkan empat daripada mereka dihanyutkan arus dan tiga terperangkap.

Difahmkan, salah seorang daripada mereka turut mengalami kepatahan kaki dalam kejadian itu.

Tambahnya, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian kira-kira pukul 5.45 petang.

Sebaik menerima panggilan, sebuah jentera Balai Bomba dan Penyelamat Selayang membabitkan kekuatan enam pegawai serta anggota segera dihantar ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, pasukan mendapati empat mangsa dihanyutkan arus kepala air dan diselamatkan oleh orang awam di kawasan tebing sungai manakala tiga mangsa yang terkandas diselamatkan oleh pasukan bomba,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Seorang lelaki berusia 29 tahun mengalami kecederaan patah kaki manakala enam lagi tidak cedera.

Tambahnya, kesemua mangsa berjaya dibawa ke tempat selamat, sebelum operasi ditamatkan tidak lama kemudian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button