BERITA SEMASA
Pasukan penyelamat giat kesan lelaki dihanyutkan kepala air dekat Pintasan Saloma
KUALA LUMPUR – Pasukan penyelamat sedang giat mengesan seorang lelaki yang dihanyutkan kepala air berhampiran Pintasan Saloma, di sini petang tadi.
Buletin TV3 yang memetik Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam sebagai berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 5.40 petang tadi.
“Ketika kejadian, terdapat pekerja penambahbaikan Sungai Klang di bahagian bawah. Apabila kepala air sampai, mereka semua tidak sempat menyelamatkan diri.
“Daripada 13 pekerja di tempat kejadian, 12 berjaya diselamatkan iaitu tujuh warga Indonesia, empat warga Bangladesh dan seorang Melayu.
“Seorang lelaki warga India yang memandu kenderaan Pajero dipercayai masih hilang sehingga kini,” katanya, hari ini.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








