BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Ribut Sijangkang: 10 termasuk sembilan pelajar cedera

KUALA LANGAT – Sekurang-kurangnya 10 individu cedera, termasuk seorang wanita dan sembilan pelajar sekolah, selepas ribut melanda kawasan Sijangkang, petang tadi.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 4.24 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Andalas dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, Komander Operasi melaporkan kejadian melibatkan runtuhan bangunan Pejabat Penyelaras DUN Sijangkang. Seorang wanita berusia 51 tahun didapati terperangkap di bawah runtuhan namun berada dalam keadaan sedar.

“Kerja menyelamat segera dijalankan dan mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 5.05 petang dengan kecederaan pada bahagian pinggang dan peha sebelum diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media.

Kejadian ribut dan puting beliung di sekitar Sijangkang, Kuala Langat, petang tadi.

Tambah beliau, runtuhan turut melibatkan sebuah surau KAFA berhampiran, menyebabkan tujuh hingga sembilan pelajar cedera ringan.

“Semua mangsa menerima rawatan di lokasi oleh petugas perubatan,” katanya.

Terdahulu, beberapa klip video tular di media sosial memaparkan bumbung sekolah dan rumah tercabut akibat ribut kuat yang turut membentuk puting beliung.

Kejadian ribut dan puting beliung di sekitar Sijangkang, Kuala Langat, petang tadi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button