SPRM Selangor kemuka syor perkukuh tatakelola MBDK
PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor telah mengemukakan syor penambahbaikan tatakelola kepada Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) berhubung proses penswastaan projek di bawah kendalian majlis berkenaan.
SPRM Selangor dalam satu kenyataan hari ini berkata, syor yang dikemukakan kepada MBDK turut menekankan keperluan supaya proses berkaitan penswastaan projek dilaksanakan secara lebih jelas, telus dan teratur, selain mempunyai mekanisme semak dan imbang yang bersesuaian.
Syor berkenaan dikemukakan oleh Pengarah SPRM Selangor, Mohd Azwan Ramli kepada Datuk Bandar MBDK, Datuk Abd. Hamid Hussain menerusi sesi khidmat nasihat di Bilik Datuk Bandar MBDK, semalam.
Hadir sama, Timbalan Datuk Bandar MBDK, Mohd Zary Affendi Mohd Arif; dan Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Selangor, Azuan Adzhar.
Sementara itu, Abdul Hamid menyambut baik syor berkenaan dalam usaha mengurangkan ruang berlakunya kelemahan tadbir urus serta risiko rasuah.
Dalam sesi berkenaan, beliau turut menandatangani Laporan Penambahbaikan Tatakelola sambil disaksikan oleh Mohd Azwan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








