BERITA SEMASA

582 pelajar MRSM Pendang dibenar pulang

PENDANG – Seramai 582 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pendang dibenarkan pulang hari ini susulan kejadian ribut yang merosakkan bangunan pusat pendidikan itu, semalam.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan MARA, Shahrizal Mohd Saderi berkata, kesemua pelajar terbabit akan menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) bermula esok hingga Khamis, sebelum dijangka kembali ke asrama, Ahad ini, lapor BH Online.

“Kejadian ribut semalam turut menyebabkan beberapa struktur bangunan antaranya bumbung diterbangkan, tetapi apa yang penting tiada pelajar yang tercedera dalam kejadian ini.

“Keadaan sekarang terkawal dan kerja-kerja untuk menilai kerosakan yang berlaku sedang dibuat, ” katanya ketika meninjau keadaan bangunan MRSM Pendang, di sini hari ini.

Beluai kemudiannya menambah, pihaknya kini sedang menunggu kelulusan untuk mendapatkan peruntukan darurat dianggarkan membabitkan kos kira-kira RM1.5 juta dengan pihak kontraktor yang terlibat sudah dikenal pasti.

Semalam, Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam hantaran di Facebook memaklumkan, blok pentadbiran MRSM Pendang mengalami kerosakan teruk akibat kejadian ribut dan hujan lebat yang melanda kira-kira pukul 6 petang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button