BERITA SEMASA

Remaja maut terperosok bawah bas di Genting Highlands

KUANTAN – Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut selepas motosikal ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas di Jalan Genting Highlands, hari ini.

Dalam kejadian pukul 11.57 pagi itu, mangsa, Mikail Brian Iskandar, dilaporkan terperosok di bawah bas berkenaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Genting Highlands bergegas ke lokasi.

“Komander operasi melaporkan kemalangan melibatkan sebuah bas dan motosikal jenis Honda Wave.

“Akibat kejadian itu, mangsa yang menunggang motosikal terperosok di bawah bas terbabit,” katanya.

Menurut beliau, mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat, namun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan.

Tambahnya, pemandu serta penumpang bas dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button