AGAMABERITA SEMASA

Abdul Rashid Hussain dinobat Anugerah Tokoh Perdana Maulidur Rasul 2025

SERDANG – Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Tan Sri Abdul Rashid Hussain dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Perdana Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1447H/2025M.

Pengurniaan itu disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim kepada Abdul Rashid serta penerima anugerah lain dalam satu majlis yang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), hari ini.

Antara sumbangan besar beliau adalah pembangunan beberapa masjid, antaranya Masjid A’ishah di Sungai Mengulu, Langkawi yang dibina sekitar 1995, Masjid Hussain di Seremban 2 pada 2014 serta Masjid Sri Sendayan di Seremban yang dimulakan pada 2015 dan siap sepenuhnya pada 2019.

Sementara itu, pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Amin Kamarulzaman atau lebih dikenali sebagai Khairul Aming turut menerima anugerah dalam kategori Usahawan/Teknokrat Berjaya.

Bagi kategori Saudara Baru Cemerlang (Mualaf) pula, pengiktirafan diberikan kepada pelakon, Angeline Tan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button