BERITA SEMASAPOLITIK

Mohamed Khaled hadir Sambutan Maulidur Rasul anjuran UMNO Pasir Gudang

PASIR GUDANG – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini hadir pada Forum Perdana sempena Sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025 anjuran UMNO Bahagian Pasir Gudang di Taman Mawar.

Mohamed Khaled yang juga Menteri Pertahanan berkata, program tersebut menjadi platform untuk umat Islam memperkukuh kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW serta menghayati akhlak dan sunnah baginda dalam kehidupan seharian.

Forum itu turut berperanan meningkatkan kefahaman agama, memantapkan akhlak dan membina integriti masyarakat, khususnya dalam mendepani cabaran nilai serta budaya semasa.

“Tahniah UMNO Bahagian Pasir Gudang atas penganjuran majlis ilmu yang bermanfaat ini. Majlis ini menjadi ruang untuk kita memperkukuh kecintaan kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta menghayati akhlak dan sunnah baginda dalam kehidupan seharian kita,” katanya dalam hantaran di Facebooknya.

khaled nordin
Mohamed Khaled turut merasmikan Balai Komuniti Fasa 4, Taman Mawar.

Beliau berkata, kerjasama pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, PBT, penceramah dan komuniti setempat turut menyerlahkan semangat ukhuwah serta komitmen bersama dalam memperkukuh perpaduan umat Islam di Pasir Gudang.

“Semoga majlis ilmu ini membawa keberkatan, menghidupkan sunnah Rasulullah SAW dan memandu masyarakat menuju kesejahteraan dunia dan akhirat,” katanya yang turut merasmikan Balai Komuniti Fasa 4, Taman Mawar.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button