AGAMABERITA SEMASAPMX

Hadapi cabaran bangunkan negara dengan teladan Rasulullah – PM

PUTRAJAYA – Rakyat diseru supaya berdepan segala cabaran dalam usaha membina bangsa dan negara dengan mencontohi hikmah serta keteladanan Rasulullah SAW, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, ketika manusia mendambakan sosok budiman sebagai teladan, Rasulullah SAW tampil menawarkan wawasan kemanusiaan yang menyerlahkan kejujuran serta kejernihan jiwa untuk dijadikan panduan.

“Rasulullah SAW bukan sahaja peribadi unggul, Baginda juga simbol perpaduan dan pemimpin yang dikaitkan dengan Madinat al-Nabi yang sarat dengan nilai,” katanya dalam hantaran melalui Facebook beliau sempena sambutan Maulidur Rasul, hari ini.

Tambah Anwar, melalui kepimpinan Rasulullah SAW di Madinah, Baginda telah meletakkan asas kemadanian meliputi martabat insan, prinsip keadilan dan kedaulatan hukum, nilai ilmu dan akhlak, selain nilai kemanusiaan yang berteraskan agama.

“Masyarakat madani yang dibentuk Baginda adalah khayra ummah, iaitu umat unggul yang berpegang kepada iman, mengamalkan kebaikan, memberi manfaat kepada manusia sejagat serta menegakkan amar makruf dan nahi mungkar,” jelasnya.

Anwar berkata, penghayatan mendalam terhadap ajaran serta warisan Rasulullah SAW akan terus memandu rakyat untuk bekerja lebih gigih, berdisiplin dan optimis dalam memastikan masa depan umat terjamin.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button