BERITA SEMASAPMX

Anwar kecam serangan Israel di Doha, Qatar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam sekeras-kerasnya serangan udara Israel ke atas Doha, Qatar yang disifatkan sebagai tindakan agresif melampau serta pelanggaran nyata kedaulatan negara itu dan undang-undang antarabangsa.

Dalam satu kenyataan Anwar berkata, serangan tersebut bukan sahaja membahayakan nyawa orang awam malah turut menggegarkan sebuah ibu kota berdaulat serta mengancam kestabilan rantau Asia Barat yang sedia rapuh.

“Dengan menyasarkan Qatar iaitu sebuah negara yang berperanan penting dalam usaha mediasi dan dialog di Asia Barat, Israel menunjukkan sikap biadab terhadap keamanan dan diplomasi.

“Serangan sebegini tidak dapat dipertahankan dan sama sekali tidak boleh diterima,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Serangan Doha
Sebuah bangunan rosak teruk dalam serangan rejim Israel yang mendakwa mahu menghapuskan pemimpin Hamas di negara tersebut. – Foto Al Jazeera

Tegas beliau, Malaysia berdiri teguh menyatakan solidariti bersama Qatar dan menggesa komuniti antarabangsa mengambil tindakan tegas bagi memastikan Israel dipertanggungjawabkan atas tindakan agresif tersebut.

Semalam, media antarabangsa melaporkan Israel melancarkan serangan ke atas kepimpinan Hamas di Qatar, sekali gus memperluas tindakan ketenteraan rejim itu di Asia Barat termasuk ke negara Teluk yang didakwa menjadi pangkalan politik kumpulan berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button