POLITIK

PRN Sabah: Jentera BN Perak akan digerakkan untuk bantu kempen

GOPENG – Barisan Nasional (BN) Perak akan menghantar jentera parti ke Sabah bagi membantu kempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, jentera parti negeri itu diamanahkan membantu persiapan dan strategi kempen bagi memastikan gerak kerja menghadapi PRN berjalan lancar.

Katanya, gerak kerja jentera yang dihantar akan memfokuskan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berada dalam Parlimen Tawau dan Kalabakan.

“Saya juga akan turun padang ke sana untuk meninjau keperluan di lapangan. Peranan kami (BN Perak) adalah membantu, manakala orang tempatan lebih memahami hati budi pengundi di kawasan masing-masing,” katanya, hari ini.

DUN Sabah mempunyai 79 kerusi, dengan 73 daripadanya dipertandingkan manakala enam lagi merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dilantik.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas pada Khamis ini bagi membincangkan beberapa tarikh penting dan perkara lain berkaitan dengan PRN berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button