PRN Johor: Proses penamaan calon selesai, gelanggang kini dibuka
JOHOR BAHRU – Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 selesai pada 10 pagi tadi selepas semua 56 pusat penamaan calon di seluruh negeri ditutup.
Tempoh sejam diperuntukkan bagi urusan penyerahan borang pencalonan yang bermula 9 pagi, sebelum Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) mengumumkan penutupan proses di pusat penamaan calon masing-masing, lapor BERNAMA.
Tumpuan kini terarah kepada pengisytiharan rasmi senarai calon yang layak bertanding serta jumlah persaingan di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Tempoh berkempen selama 14 hari bagi PRN Johor bermula secara rasmi seperti ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sehingga 11.59 malam, 10 Julai, sebelum hari pengundian berlangsung.
Suasana di sekitar pusat penamaan calon dilaporkan aman dan terkawal tanpa sebarang provokasi, hasil kawalan rapi anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan bantuan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
SPR menetapkan 7 Julai ini bagi tarikh pengundian awal manakala 11 Julai sebagai hari pengundian.
Sebanyak 2,727,926 pengundi layak menjalankan tanggungjawab pada pilihan raya kali ini, terdiri daripada 2,703,175 pengundi biasa, 12,041 anggota tentera bersama pasangan dan 12,710 anggota polis berserta pasangan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















