Akmal Saleh cabar pemimpin DAP bertanding di Merlimau
MERLIMAU – Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh mencabar mana-mana pemimpin besar DAP atau Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada pilihan raya akan datang.
Beliau menegaskan, beliau sama sekali tidak gentar atau berasa risau dengan cabaran yang mungkin dihadapi, malah mengalu-alukan kehadiran mana-mana tokoh pembangkang untuk bersaing di kawasan tersebut.
“Malah kalau pemimpin DAP yang lain takut, kamu sendiri pun boleh bertanding di Merlimau. Tapi kalau nak bagi kerusi ini percuma, itu pantang bagi anak Melayu untuk mengalah.
“Saya cabar dan saya tunggu. Jom kita lawan di Merlimau, itupun kalau berani, jangan sekadar sembang sahaja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tegasnya, beliau bersedia menghadapi sesiapa sahaja yang mencabar kedudukannya di DUN tersebut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








