BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Polis giat buru suspek pecah rumah saksi kes rasuah Guan Eng

PETALING JAYA – Polis sedang giat memburu beberapa individu bersenjatakan parang yang memakai pelitup muka memecah masuk rumah seorang saksi penting pendakwaan kes rasuah terowong dasar laut Pulau Pinang membabitkan Lim Guan Eng di Jalan Bukit Gasing, di sini, hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menerima maklumat pertama kejadian samun bersenjatakan parang itu pada jam 7.20 pagi.

Menurutnya, beberapa penjenayah membawa lari barangan berharga yang di simpan di dalam peti besi dan kemudian lari menggunakan laluan hutan di bahagian belakang rumah terbabit.

“Polis juga ada menemui semula beberapa barangan berharga di laluan penjenayah melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Tambah Shahrulnizam, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan suspek mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222.

Selain itu, orang juga boleh terus berhubung dengan Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Fandhi Fatullah Abu Bakar 014-6303090 bagi membantu siasatan.

Media hari ini melaporkan seorang saksi utama dalam perbicaraan kes rasuah Guan Eng yang juga bekas Menteri Kewangan diserang sekumpulan lelaki yang menceroboh rumahnya di Petaling Jaya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button